google translate

Biskut Tembikai

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (Kuning telur sahaje untuk penyapu)

Cara membuatnya
Mixer gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan warna merah.
Canai  hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan hijau. Simpan sesaat  dalam peti sejuk (supaya mudah untuk memotong biskut tersebut). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

Notis Tambahan
3/4 cawan gula aising - tambahkan sikit gula utk buat biskut tembikai.
1 cawan mentega
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
Sedikit tepung gandum ikut lembut
Jem sbg inti
Cawan kertas

1. Putar gula aising bersama mentega seketika.
2. Masukkan kuning telur, putar lagi.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai.
5. Canai setebal 3/4cm, terap dgn acuan kuih bentuk bulat.
6. Sapukan jem di permukaan ciskut dan lipat dua.
7. Buat dua keeping dan cantumkan.
8. Masukkan ked lm cawan kertas sebelum dibakar hingga masak.
Free Email 100% Resepi 4u

Berita Terbaru

 
Top